Submit your 
content Every Day to 25 social 
bookmarking sites, all on unique 
C class IPs... FREE.

Kenapalah Wanita Ni Suka Merajuk?

April 10th, 2012 / 1 Comment » / by edifier83

Korang pernah tengok perempuan merajuk? alahhhh jangan nak membohong la kalau tak pernah tengok :p .Bagi yang ada isteri, pasti akan selalu melihat isterinya merajuk, bagi yang ada kekasih, emmmm tak terlayan la korang dok layan rajuknya tue. Pendek kata wanita ni memang suka merajuk la :)

Korang rasalah, kenapa wanita ni suka merajuk? merajuk maknanya masam muka dan sensitif  bila tak kena dengan musim dia..hehehe. Banyak sebab kenapa wanita ni mudah dan suka merajuk.

1. Wanita suka melihat perkara yang remeh sebagai suatu yang besar, contoh nak gi makan pon, pantang salah pilih tempat makan terus masam muka. Kadang-kadang nak gi shopping pon, kalau si lelaki tersalah masuk Jusco padahal nak pegi Suria KLCC, mula merajuk taknak turun dari kereta pulak dahhh :)

2. Wanita perlukan perhatian sebenarnya daripada lelaki. Wanita ni kan suka dibelai dan dimanja jadi lelaki seharusnya faham kehendak wanita itu. Cuba penuhi kehendak dan cuba fahami apa diingini oleh wanita tapi dalam masa yang sama lelaki kena dan seharusnya bijak untuk memujuk sekirannya kehendak mereka tidak boleh atau tidak mampu dipenuhi.

3. Yang ketiga ni aku tak rasa semua wanita mudah merajuk sebab ni tapi mungkin jugak. Wanita mudah merajuk mungkin sebab kurangnya kasih sayang daripada seseorang yang rapat dengannya seperti keluarga ker.Selalunya terjadi kepada anak-anak sulong atau anak yatim.

4. Wanita suka merajuk sebab memang dia suka :) hahaha.. kadang-kadang lelaki cakap salah sikit jer.. nak cakap A tapi gi cakap B, hurmmmm..mula lah mencebik jer memanjang. Mungkin jugak time angin kus-kus dia datang (period time). So, time ni lelaki kene paham la yer. Nak pujuk tu mungkin ambik masa la. Selalunya perempuan ni saja jer..cuba bagi hadiah dekat mereka, muka masam lagi ke tak :)

Share and Enjoy:
  • Print
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Diggita
  • Mixx
  • Google Bookmarks
  • Yahoo! Buzz
  • Blogplay
  • Live
  • Socialogs
  • blogmarks
  • BlinkList
  • email
  • MSN Reporter
  • PDF
  • Reddit
  • RSS
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • Twitter

Tags: , , ,

Ratu Mak Nyah Of The Year 1984

March 27th, 2012 / No Comments » / by edifier83

Kagum giler aku tengok “remaja” ni. Mati-mati ingatkan perempuan betul rupenyer mak nyah!!

Fenomena mak nyah @ pondan @ cik pon @ seangkatan dengannya sebenarnye dah lama bertapak kat negara kita nie. Cuma bagi aku kawalan dulu tidak lah seketat sekarang. Sekarang kesedaran makin meluas tentang gejala dan isu tidak sihat ni. Dulu golongan-golongan nie boleh buat pertandingan ratu cantik ke apa secara terbuka dan keluar dalam surat khabar dengan selamba saja. Sekarang nak tengok diorang keluar dalam paper? boleh jer tapi isu lain. Kalau tak isu kene cekup berpakaian tidak sopan dikhalayak ramai atau jual “dara” di lorong-lorong kecil.

Untuk pengetahuan korang, gambar mak nyah yang menang tu dikenali dengan nama Liza dan umur dia baru 16 tahun masa tue. Bila dipuji akan kecantikan dia, dia mengatakan pujian tu takde guna jugak sebab bukan boleh buat bini pon :) , Tahu takper….

 

Share and Enjoy:
  • Print
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Diggita
  • Mixx
  • Google Bookmarks
  • Yahoo! Buzz
  • Blogplay
  • Live
  • Socialogs
  • blogmarks
  • BlinkList
  • email
  • MSN Reporter
  • PDF
  • Reddit
  • RSS
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • Twitter

Tags: , ,

Polis Trafik Digilis Bas Ekspress

March 27th, 2012 / No Comments » / by edifier83

“KULAIJAYA – Seorang anggota polis trafik berpangkat Koperal maut selepas dilanggar sebuah bas persiaran ketika sedang bertugas di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di sini, semalam.

Kejadian jam 11.55 malam itu mengakibatkan mangsa, Kpl Ismayuddin Ismail, 50, yang bertugas di Cawangan Trafik di Bangunan Sultan Iskandar di Johor Baharu Selatan Selatan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala.

Ketika kejadian, Ismayuddin, yang sudah berkhidmat bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak 20 tahun lalu, sedang mengawal aliran keluar masuk kenderaan dari Singapura-Johor Bahru.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata,mangsa dilanggar sebuah bas persiaran bernombor pendaftaran Singapura yang hilang kawalan di laluan bas di BSI.

“Kejadian ini berlaku di 200 meter dari pintu masuk BSI.Bas terbabit yang dipandu oleh seorang wanita itu pada mulanya melanggar sebuah kereta, penghadang jalan sebelum merempuh anggota ini seterusnya berhenti di kedudukan 150 meter dari lokasi kejadian.

“Mangsa yang cedera parah akibat pelanggaran ini meninggal dunia di tempat kejadian ketika sedang bertugas,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menziarah keluarga mangsa di Felda Taib Andak, di sini, hari ini.

Allahyarham Ismayuddin meninggalkan seorang balu, Norsiah Md Amin, 47, dan lima cahaya mata, Nur Farhana, 24; Nur Afiqah, 14, Nur Farzana, 11; Mohamad, 9, dan Mohd Irsyad Fauzan, 8.”

 

Tu petikan yang aku amik dari Sumber Sinar Harian. Dibawah adalah video rakaman bas tu dibawa yang kalau tengok memang laju gila. Kesian abang polis tu kene gilis macam tu jer. Video yang akan dipaprkan dibawah ni sedikit ngeri. Kalau rase seram jangan tengok yer

 

Share and Enjoy:
  • Print
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Diggita
  • Mixx
  • Google Bookmarks
  • Yahoo! Buzz
  • Blogplay
  • Live
  • Socialogs
  • blogmarks
  • BlinkList
  • email
  • MSN Reporter
  • PDF
  • Reddit
  • RSS
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • Twitter

Tags: , , , , ,

Awal Propose Scha LIVE

March 25th, 2012 / No Comments » / by edifier83

Tetiba tergerak hati aku ni nak update blog setelah lama tak bukak blog aku nie. Aku tertarik gila dengan mamat artis ni, sape lagi kalau bukan Awal Ashaari bila mana dia buat kejutan yang tak disangka-sangka dalam program terbaru Astro “Propaganza”. Dalam program tu, secara spontan dia pergi melutut depan kekasih dia Scha Al-Yahya dan time tue awek tue tengah mengacara program pulak secara sementara. He shows how gentleman he is when dia melutut depan Scha tu sambil menangis-nangis lagi ( ni yang aku rase cam takleh blah ni :) ) but for me dude, you show your honesty to her and let everyone knows that you are really love her :)

Jom kita tengok video Awal propose Scha nie

Share and Enjoy:
  • Print
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Diggita
  • Mixx
  • Google Bookmarks
  • Yahoo! Buzz
  • Blogplay
  • Live
  • Socialogs
  • blogmarks
  • BlinkList
  • email
  • MSN Reporter
  • PDF
  • Reddit
  • RSS
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • Twitter

Tags: , , , ,

Tandas Berlian Bernilai RM 100,000.00

January 3rd, 2012 / No Comments » / by edifier83

 

UNTUK mencipta peranti yang menerima najis manusia, pereka selalunya berfikir bahawa nilai estetika tidak menjadi keutamaan.

Berbeza dengan Jepun, negara itu telah mencipta tandas yang disemat dengan berlian yang bernilai lebih $ 100,000.

Ia terdiri daripada lebih daripada 72,000 kepingan berlian Swarovski yang dipotong, dimana ia telah dibuat oleh INAX dengan kerjasama tukang emas dari Austria.

Ia sedang dipamerkan untuk tontonan pengunjung di bilik pameran dipusat membeli-belah Ginza.

Jepun mengambil berat soal tandas kerana ia berkaitan isu dewa-dewa yang terdapat di dalam tandas dan bilik mandi. Kazuo Sumimiya, pengarah bilik pameran menyatakan bahawa orang Jepun percaya terdapat dewa di dalam tandas. Kerana kepercayaan itulah, menjaga kebersihan tandas dan keadaannya telah menjadi adat orang Jepun sejak lama dahulu.

Sesetengah pengunjung sangat mengagumi ciptaan itu, manakala yang lain berpendapat bahawa ia agak tidak selesa untuk digunakan.

Sumimiya menambah bahawa jika tandas dijual, harganya adalah 10 juta yen, tetapi selagi ia belum dijual, ia akan dipamerkan sehingga akhir tahun ini.

p/s: Sanggup ker kita nak buang air kecil atau besar kat dalam tandas tu :)

sumber: free malaysa

Share and Enjoy:
  • Print
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Diggita
  • Mixx
  • Google Bookmarks
  • Yahoo! Buzz
  • Blogplay
  • Live
  • Socialogs
  • blogmarks
  • BlinkList
  • email
  • MSN Reporter
  • PDF
  • Reddit
  • RSS
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • Twitter

Tags: , , , ,

Susahnya Nak “Hidupkan” Blog

November 20th, 2011 / No Comments » / by edifier83

salam semua..

Susah jugak yer nak maintain kan komitmen plus semua aktiviti yang kita nak buat tiap-tiap hari nie.. Dulu saya pernah cakap nak update blog every 2 days kan tapi tengok la blog nie.. adoiiii..nak kata busy takdelah sangat.

Takpelah alang-alang bukak nie, nak citelah sikit tentang hobi baru saya, apa lagi kalau bukan DSLR kamera ni :)

Sudah serasi dengan cara penggunaan cuma mungkin dari segi pengambilan gambar tue masing kurang. yelaaa tak brape mahir lagi dalam aspek pencahayaan, Aperture,Shutter Speed dan segala bagai lagi istilah-istilah DSLR ni.. :)

Sebenarnya photographer ni sangat best la kena dengan tempat nya tapi tula kenalah buat betul-betul..baru ade umppphhh..hehe..ok lah stakat ni lah dulu..nak godek-godek gambar sikit.. InsyaALLAH bila dah betul-betul mahir nanti, blog ni akan bertukar kepada DSLR nyer blog la :)

Share and Enjoy:
  • Print
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Diggita
  • Mixx
  • Google Bookmarks
  • Yahoo! Buzz
  • Blogplay
  • Live
  • Socialogs
  • blogmarks
  • BlinkList
  • email
  • MSN Reporter
  • PDF
  • Reddit
  • RSS
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • Twitter

Tags: , ,

Kulit Baru…

October 23rd, 2011 / No Comments » / by edifier83

salam semua…

sudah agak lama jugak la aku tak masuk dan update blog dalam nie.. dulu janji nak update tapi tak update..update jugak..hehehe.. disebabkan kesuntukan masa dan kekangan ditempat kerja menyebabkan saya tiada ruang untuk menulis disini..

Apapon hari ni InsyaALLAH nak tulis la sikit apa yang tengah fikir nie. Diharapkan jugak dengan persalinan kulit baru ni akan lebih menghangatkan lagi blog nie.Aku sebenarnya dah lama minat benda ni tp memang malas lagi nak pakai sebab takde komitmen apa-apa tapi selepas seorang demi seorang kawan aku beli dan ditambah pulak my girlfriend pun minat benda nie :)
Aku jadi bertambah excited pulak.

Nak dijadikan cerita, masa aku pergi ke plaza Low Yatt untuk beli Laptop adik aku, aku singgah la kejap di kedai ni yang menunjukan harga yang memang aku rase tak patut aku lepaskan begitu sahaja. Apa lagi aku pun grab terus la barang tu. Korang nak tahu keapa? hehehe.. DSLR camera.. :)

Sekarang aku da ade hobi baru la pulak selain hobi tidur yang memang aku praktik dari dulu lagi tue..hehe

Share and Enjoy:
  • Print
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Diggita
  • Mixx
  • Google Bookmarks
  • Yahoo! Buzz
  • Blogplay
  • Live
  • Socialogs
  • blogmarks
  • BlinkList
  • email
  • MSN Reporter
  • PDF
  • Reddit
  • RSS
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • Twitter

Tags: ,

Pelakon Seksi – Diana Amir Sudah Berhijrah?

September 25th, 2011 / No Comments » / by edifier83

Saya nie bukan la minat sangat nak tulis pasal artis-artis nie sebab filem melayu takdela layan semua, lebih-lebih lagi pelakon yang sedang meningkat naik, Diana Amir yang popular menerusi filem terbarunya denga Pierre Andre, 321 cinta nie, tapi baru-baru timbul ceritadan gosip hangat tentang dia yang sudah berhijrah.

cantik la pulak dia pakai tudung.. :)

Diana sekarang dikatakan telah memakai hijab dan ia bukan gimik untuk lakonan dalam drama atau filem tapi betul-betul kejadian :) . Ia menjadi petanda awal buat pelakon yang sebelum ini dihujani pelbagai gosip liar tentang aktiviti sosial yang negatif serta berpakaian seksi ini.

Khabarnya ada cerita disebalik perubahan drastik Diana…

“Saya ambil keputusan ini kerana saya sudah beberapa kali sejak tiga bulan yang lalu diberi petanda dan mimpi buruk tentang hari kiamat.

“Dan mimpi-mimpi tersebut juga mengingatkan saya tentang kematian yang semakin hampir dan perkara itu sering membelenggu hidup saya beberapa bulan kebelakangan ini,”

“Saya tak tahu kenapa perkara itu berlaku kepada saya, mungkin Allah ingin memberi petunjuk dan saya menceritakan semuanya kepada seorang rakan. “Namun selepas itu rakan saya yang berhijrah lebih awal daripada saya,”

“Saya tahu saya masih lemah terutamanya mengenai hal-hal agama, disebabkan itu saya ambil peluang untuk bertemu dengan Irma Hasmie untuk mendapatkan nasihat dia.

“Ketika buat keputusan tersebut saya terus berjumpa David Teo untuk meminta pendapat dia tentang lakonan dan kerjaya saya selepas ini, “Biarpun dia tidak menjanjikan apa-apa, namun saya yakin rezeki adalah ketentuan Allah,”

“Irma juga membawa saya berjumpa dengan Wardina Saffiyah untuk mendapatkan tunjuk ajar dan sokongan mereka,”

Baguslah Diana yer..semoga perubahan anda memberi sinar baru dalam hidup dan jangan putus asa dengan rezeki Allah.. sudah ramai artis-artis yang berhijrah dan mereka tetap mendapat tawaran berlakon dan mengacara jugak. :)

for more info : here

Share and Enjoy:
  • Print
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Diggita
  • Mixx
  • Google Bookmarks
  • Yahoo! Buzz
  • Blogplay
  • Live
  • Socialogs
  • blogmarks
  • BlinkList
  • email
  • MSN Reporter
  • PDF
  • Reddit
  • RSS
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • Twitter

Tags: , ,

Emas Bakal Menggantikan Wang Kertas?

September 6th, 2011 / No Comments » / by edifier83

Dewasa ini, seringkali kita mendengar tentang keadaan ekonomi dunia yang kian meruncing ke tahap yang amat kritikal sekali. Yang terbaru ialah negara Uncle SAM, Amerika Syarikat yang dianggap kuasa ekonomi dunia kini sedang parah bergelut dengan keadaan ekonomi yangtidak menentu.

Ia disebabkan hutang tertunggak negara itu dengan Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia yang berjumlah kira-kira USD45 trillion dan ia semakin meningkat ekoran faedah yang melambung yang dikenakan oleh kedua-dua badan kewangan yang dipelopori Yahudi itu. Ia juga ekoran ketaksuban Amerika dalam mempelopori serta terlibat dengan peperangan yang sedikit sebanyak menjejaskan ekonomi mereka.

Ekoran dari tekanan ekonomi Amerika, kita terpaksa menerima tempias kerana dianggap bergantung harap kepada negara yang perasan “hero” itu.

satu lagi negara Afrika,Zimbabwe merupakan sebuah negara di benua Afrika. Ia berjiran dengan Amerika Selatan,Botswana, Mozambique dan Zambia. Ia merupakan negara abad ke 21 yang dirundung masalah hyperinflasi.

Ia disebabkan tindakan kerajaan mereka di bawah pemerintahan presiden Robert Mugabe yang bertindak mencetak wang yang terlalu banyak dan tidak seiring dengan perkembangan di dalam pengeluaran barang-barang dan perkhidmatan. Akibatnya ialah hyperinflasi. Kadar inflasi di Zimbabwe telah dilaporkan menjangkau sehingga 5,000,000,000,000,000,000,000%! mak datok! saya pun tak tahu nak baca macam mana tue…

Bayangkanlah, telur tiga biji dijual pada harga 100 billion.. :) punyala hyperinflasi dorang ni…

Kenapa ekonomi kita perlu terjejas disebabkan mereka? Sudah tiba masanya kita perlu mencari satu alternatif yang memungkinkan satu mekanisme baru untuk memperkenalkan satu bentuk matawang yang kekal pada harga yang stabil dan tidak lain tidak bukan, ia adalah emas.

Sejarah membuktikan harga emas adalah jarang jatuh dan kalau ia merudum sekalipun, hanyalah sedikit dan tidak mengambil masa yang lama untuk naik kembali. Harga emas seringkali menunjukkan peningkatan harga dalam 40 peratus setahun dan ia amatlah baik untuk jangkamasa panjang.

Bayangkan akaun ASB anda yang mendatangkan keuntungan 8.5 peratus setahun dengan emas yang mendatangkan keuntungan 40 peratus setahun.. kalau anda cerdik, anda pasti akan mengeluarkan kesemua duit didalam akaun ASB anda dan membeli emas untuk tujuan pelaburan yang lebih terjamin bukan? :)

Share and Enjoy:
  • Print
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Diggita
  • Mixx
  • Google Bookmarks
  • Yahoo! Buzz
  • Blogplay
  • Live
  • Socialogs
  • blogmarks
  • BlinkList
  • email
  • MSN Reporter
  • PDF
  • Reddit
  • RSS
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • Twitter

Tags: , , ,

“Natasya” Punca Di Simbah Asid

September 6th, 2011 / No Comments » / by edifier83

KANGAR – “Saya berasa amat bersalah dan bimbang selepas teman saya menerima aib disimbah asid. Oleh itu, saya hendak pergi dari sini.”Demikian luahan seorang pondan yang mahu dikenali sebagai Natasha, 28, yang dikaitkan punca cemburu seorang lelaki sehingga sanggup bertindak menyimbah asid ke atas rakan serumahnya di Taman Seri Bakau di sini pada Sabtu lalu.Kata Natasha, dia akan membawa diri ke tempat baharu bagi menjalani kehidupan lebih aman bersama teman serumahnya yang juga mangsa kejadian, Mohd. Hafizuddin Johari, 20.

“Sejak kami bersama, ramai pihak tidak senang dengan hubungan kami sehingga sering diugut dan dicaci.

“Kejadian ini amat menakutkan saya dan demi keselamatan dan keselesaan hidup, kami akan pindah,” katanya ketika ditemui di Rumah Kelab Media Perlis di sini semalam.

Semalam akhbar melaporkan seorang pemuda cedera di muka dan tangan kanan akibat disimbah asid oleh individu tidak dikenali ketika sedang mengunci pagar rumahnya di Taman Seri Bakau di sini.

Menurut polis, motif serangan oleh suspek berusia 19 tahun itu disebabkan cemburu ekoran mangsa melarangnya mendekati Natasha. Penyerang tersebut kemudiannya berjaya diberkas.

Natasha yang bekerja sebagai jurujual kosmetik berkata, punca temannya diserang adalah kerana suspek tidak berpuas hati ekoran tidak dapat mendekati dirinya.

“Saya dan Hafizuddin tidak mengenali penyerang itu tetapi disebabkan sifat dan keadaan saya, ramai lelaki hendak berkawan tetapi saya tidak melayan mereka,” ujarnya lagi.

Natasha mendakwa menjadi tumpuan ramai lelaki ekoran minatnya yang suka menyanyi dan menari di beberapa pusat karaoke di sekitar pantai negeri itu.

“Saya sayangkan Hafizuddin sebab dia banyak menolong dan memberi sokongan kepada saya. Oleh itu, keputusan kami ini baik untuk semua pihak,” ujarnya.

Sementara itu, Mohd. Hafizuddin yang bekerja di bidang penyediaan makanan memberitahu, dia akan mengikut Natasha kerana serasi hidup bersama sejak mengenalinya empat bulan lalu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Share and Enjoy:
  • Print
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Diggita
  • Mixx
  • Google Bookmarks
  • Yahoo! Buzz
  • Blogplay
  • Live
  • Socialogs
  • blogmarks
  • BlinkList
  • email
  • MSN Reporter
  • PDF
  • Reddit
  • RSS
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • Twitter

Tags: , , , ,